Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts
Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PRA SEKOLAH SK. MASALOG BERSAMA IBU BAPA

>> Tuesday, March 3, 2015

Pada 04.03.2015 bertempat di Makmal Komputer SK. Masalog, satu mesyuarat permuafakatan pra sekolah bersama ibu bapa telah diadakan.  Ramai ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan bahawa mereka prihatin terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di pra sekolah ini.  Syabas ibu bapa.








Read more...

MESYUARAT PENTADBIRAN / STAFF KALI KE 2

>> Wednesday, January 14, 2015

Hari ini pada pukul 1.00 petang, mesyuarat pentadbiran/staff kali ke 2 telah diadakan di Makmal Komputer sekolah.  Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Caroline selaku guru besar.  Berbagai agenda dibincangkan dalam mesyuarat kali ini.  Guru besar juga telah memberikan slogan baru sekolah iaitu " SeKeMas Ceria, Semangat Membara"

Terdahulu, majlis sambutan Hari Jadi untuk Ustaz Shukri telah diadakan.  Acara ini merupakan "acara kejutan" yang dirancang oleh guru besar sebagai tanda menghargai staff di bawah bimbingan beliau.

Terima kasih guru besar kerana telah menaja kek dan jamuan makan tengah hari.

Mesyuarat staff dipengerusikan oleh guru besar




kek coklat yang sedap...


Ustaz Shukri memotong kek hari jadi...

Ustaz Shukri orang yang diraikan...selamat hari jadi ustaz...moga segala hajat tercapai

Jamuan makan..

Read more...

Mesyuarat Persiapan Akhir Karnival Sains dan Matematik

>> Tuesday, March 20, 2012

Hari ini 20hb. Mac 2012, Mesyuarat Persiapan Akhir Karnival Sains & Matematik telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah.  Mesyuarat ini dihadiri oleh semua guru dan dipengerusikan oleh Guru Besar En. Maidin Awang.

Beberapa maklumat telah disampaikan oleh Guru Besar sebelum mesyuarat dimulakan, antaranya mengenai eoperasi dan ehadir.
Hasil mesyuarat memutuskan AJK Karnival adalah seperti berikut:-
Pengerusi : Pn. Daini Yusof
Setiausaha : Pn. Farha
Tim S/U : Pn. Lastiney
Bendahari : Pn. Rosminah
AJK
urusetia : Pn. Sarina, Pn. Maryati
Sijil : Pn. Sarina, Pn. Maryati
Juruacara : En. Zizi Asri
Surat jemputan : s/u
Pendaftaran Peserta : Pn. Sarina, Pn. Maryati
Makan & Minum : Pn. Dusina, Pn. Julimah, Pn.Norwati, Pn.Rosmah, Cik Chai Chin, Pn. Saidah
PA Sistem : En. Zizi Asri
Pengurus Hadiah, sijil & cenderahati : Pn. Mardziah, Pn. Aslia, Cik Rohayati, Cik Siti
Disiplin : En. Jani
Banner : Pn. Robiyana
Name Tag : Pn Robiyana, Pn. Aslia
Buku aturcara : Pn. Lastiney
Hiasan astaka : Pn. Dusina, Pn. Julima, Pn. Catrine, En. Azwan, En. Shukri
Persiapan Khemah : semua guru lelaki
Penyediaan peralatan : En. Mokinsol, En. Pedro, En. Asmadi, En. Roland, En. Jasni, En. Shukri
Manager : En. Philip
Fotografi : Pn. Sabariah Kee

sidang juga memutuskan untuk menjemput YB Anita Baranting sebagai perasmi - tindakan En. Fadilis

Sumber kewangan:-
1. Kebijaksanaan GB
2. Peruntukan daerah
 

Read more...

MESYUARAT HEM sesi 2012

>> Friday, January 13, 2012

Pada hari ni mesyuarat HEM yang pertama telah diadakan bagi sesi persekolahan 2012.  Mesyuarat ini dikendalikan oleh En. Dekau selaku guru PK HEM dan dipengerusikan oleh Guru Besar, En. Maidin Awang.

Mesyuarat diadakan di Bilik Gerakan sekolah dan semua guru telah hadir kecuali seorang guru yang sedang cuti bersalin.

Agenda yang dibincangkan ialah:
1. Ucapan Guru Besar
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Disiplin murid
5. Perlantikan Penolong Ketua Murid, Penolong Ketua Pengawas, pengawas-pengawas, ketua dan penolong   
    ketua kelas 2012
6. Lencana / Name Tag murid
7. Hal-hal lain.

Read more...

MESYUARAT KO-KURIKULUM 1, 2012

>> Tuesday, January 10, 2012

Mesyuarat Ko-Kurikulum kali pertama bagi sesi pembelajaran 2012  telah diadakan pada hari ini. Beberapa agenda telah dibincangkan, iaitu:-
1. Ucapan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat ko-kurikulum 2011
3. Perkara berbangkit
4. Laporan setiausaha
5. Laporan Bendahari
6. Pembubaran AJK 2011 dan pembentukan AJK 2012
7. Jadual Perlaksanaan Kokum 2012
8. Pelaporan aktiviti dan takwim 2012
9. Hal-hal lain








 Pen Kanan Ko-Kum Pn. Daini Yusof..

 Pn. Noraiwa - Pen. Kanan kurikulum

Read more...

MESYUARAT PELAKSANAAN PERMATAKU CEMERLANG UPSR 2010

>> Tuesday, May 25, 2010

25.05.2010 Mesyuarat akhir pelaksanaan program Permataku Cemerlang UPSR diadakan pada hari ini. Program ini akan diadakan pada 14-18hb.Jun 2010 akan datang. (semasa cuti sekolah). SK. Masalog merupakan pusat bagi kumpulan 1 yang terdiri daripada SK.Taritipan, SK. Tandek dan SK. Tumunda Salimandut. Seramai 20 orang murid Near Miss Cemerlang dan Near Miss Lulus akan mengambil bahagian dalam program ini.

Objektif program ini diadakan adalah:
1. Meningkatkan bilangan murid yang mendapat keputusan cemerlang (5A) dalam peperiksaan UPSR 2010.
2. Meningkatkan peratus lulus sekurang-kurangnya C dalam peperiksaan UPSR 2010.
3. Memaksimumkan keupayaan murid bagi sesuatu mata pelajaran, terutamanya mata pelajaran UPSR.

Read more...

MESYUARAT SAMBUTAN HARI GURU DAN KESYUKURAN

>> Monday, May 17, 2010

17.05.2010 mesyuarat bagi membincangkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dan sambutan kesyukuran sempena kemenangan dalam sukan MSS Zon 4 diadakan pada hari ini.

Sidang sebulat suara bersetuju mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan kesyukuran pada 26.05.2010 (Rabu). Pegawai Perasmi yang dijemput bagi merasmikan sambutan ini adalah En. Jainim Samaron selaku PPD KM. Selain dari itu ibubapa juga dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini.

Berbagai aktiviti akan diadakan pada hari ini, antaranya ialah pertandingan tarik tali, Bowling padang, isi air dalam botol menggunakan tangan, lari dalam guni (L), lari dalam kain sarung secara berpasangan (P), tiup belon, baling belon, bawa bola ping pong menggunakan sudu, persembahan deklamasi sajak daripada pelajar dan nyanyian koir hari guru.

Sidang juga sebulat suara akan membawa makanan masing-masing (pot luck) sebagai tambahan makanan selain daripada makanan yang telah ditempah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30pm.

Read more...

Mesyuarat Pelaksanaan Kem Bestari Solat Tahun 2010

>> Tuesday, April 20, 2010

20hb.April 2010 mesyuarat pelaksanaan Kem Bestari Solat Tahun 2010 telah diadakan di Bilik Pendidikan Islam & j-QAF sekolah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar iaitu En. Maidin Awang dan dikendalikan oleh Pn. Noramnah Jais. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah guru-guru berasama Islam.
Berdasarkan kertas kerja yang telah disediakan oleh Panitia Unit Pendidikan Islam & j-QAF, Kem Bestari Solat ini akan diadakan sebanyak 4 fasa sepanjang tahun 2010. Sasaran adalah kepada semua murid beragama Islam dari Tahun 1 hingga 4.










Guru-guru beraga
ma Islam sedang bermesyuarat

Tema bagi Kem Bestari Solat ini adalah ''SOLAT ASAS PEMBENTUKAN MODEL INSAN MUSLIM''


JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Penyelia Agama, Pejabat Pelajaran Sabah
Penasihat : En. Maidin Bin Awang (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Daini Yusof (GPK Ko-Kum)
Setiausaha : Ustazah Siti Fakharati Bt. Mohd. Ali
Bendahari : Ustaz Syukri B. Md. Zawawi
AJK :
i. Urusetia - Pn. Norwati Mujir, Pn. Sabariah Kee
ii. Pendaftaran - Pn. Rosmah Buntarang
iii. Makanan - Cik Nurhidayatul Mustaqimah Abdullah, Pn. Saidah Lon
iv. Keselamatan, kebajikan & disiplin - En. Jani Laping
v. Dokumentasi dan publisiti - Ustazah Siti Fakharati Bt. Mohd. Ali
vi. Fasilitator - Ustaz Jasni Salleh, Ustaz Syukri B. Mohd. Zawawi, Ustazah Siti Fakharati Bt.
Mohd. Ali, Ustazah Noramnah Bt. Jais, Pn. Robiyana Bt. Jamun, Cik Lastiney Bt.
Ojoh
vii. Sijil dan cenderamata - Pn. Daini Yusof


TARIKH PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT SIRI 1, 2, 3, 4

24/04/2010 (Sabtu)
22/05/2010 (Sabtu)
17/07/2020 (Sabtu)
25/09/2010 (Sabtu)

KEWANGAN

i. Peruntukan Kewangan Kem Bestari Solat j-QAF
ii. Sumbangan guru-guru SK. Masalog khususnya guru-guru beragama Islam.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan semoga usaha murni ini akan diberkati Allah s.w.t

Read more...

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH RENDAH BERKONSEPKAN STANDARD MS ISO 9001:2008

>> Wednesday, February 3, 2010

Taklimat diadakan pada 03.02.2010 bertempat di bilik gerakan sekolah. Taklimat disampaikan oleh Pn. Noraiwa Salim.

JAWATANKUASA TEKNIKAL (INDUK)
SISTEM PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH RENDAH BERKONSEPKAN MS ISO 9001
SK. MASALOG

Pengerusi : En. Maidin Awang (Guru Besar)
T.Pengerusi : En. Dekau Dunkoh
Setiausaha : Pn. Noraiwa Salim
T. Setiausaha : Pn. Daini Yusof
Ahli : Semua guru


HAL-HAL LAIN
En. Jimson - Nyanyian lagu semasa perhimpunan sekolah akan menggunakan kaset agar murid dapat menyanyikan lagu-lagu dengan lebih bersemangat.

En. Philip - Semua guru perlu hadir semasa perhimpunan

Pn. Rosminah - Kebersihan kawasan sekolah perlu dipertingkatkan, perlu ada pembahagian kawasan untuk dibersihkan.

Pn. Norwati - aktiviti memotong rumput menggunakan mesin rumput bukan dilakukan pada waktu P & P kerana bunyi bising boleh mengganggu tumpuan murid.

Read more...

MESYUARAT SKIM BANTUAN TUISYEN (SBT)

>> Wednesday, February 4, 2009

Hari ini 04.02.2009 telah diadakan mesyuarat SBT kali pertama untuk tahun 2009. Mesyuarat ini telah diadakan di bilik guru. Agenda mesyuarat adalah :-
1. Pembubaran dan perbentukan AJK SBT 2009
2. Lantikan guru, pelajar
3. Jadual waktu
4. Pelan tindakan SBT
5. Perancangan strategik SBT
6. Pembekal RMT-SBT 2009
7. Hal-hal lain

- sidang bersetuju AJK lama dikekalkan dan beberapa tambahan AJK dilakukan
- seramai 139 orang murid Tahap II yang layak mendapat SBT
-Pn. Rubiyana selaku setiausaha SBT mengedarkan pelan tindakan dan perancangan strategik
SBT kepada semua sidang. Pelan dan perancangan diterima sebulat suara.
-Pembekal RMT-SBT tahun lepas (Pn. Fatimah ) dikekalkan kerana rekod perkhidmatannya yang memuaskan, walau bagaimanapun beberapa menu akan diubah mengikut kesesuaian.
- Penetapan jadual waktu mengajar SBT dikendalikan oleh Pn. Rosminah dan salinan jadual akan diedarkan secepat mungkin. SBT akan dimulakan pada minggu hadapan setiap hari selama 2 jam iaitu 2 subjek dalam sehari.
- En. Jimson ingin tahu di mana pelajar mengambil makanan dan makan, guru besar memaklumkan pelajar akan makan di pondok RMT sekolah.
- Pn. Rubiyana mengingkatkan semua guru agar dapat menyiapkan klem pada masa yang ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.
Sebelum pulang guru-guru menjamu selera makan tengahari sumbangan tabung SBT....

Read more...

MESYUARAT AGONG MSS ZON 4

>> Tuesday, January 20, 2009

Mesyuarat Agong MSS Zon 4 telah diadakan pada 20hb Januari 2008 bertempat di Bilik Gerakan SK. Masalog. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Maidin Awang selaku pengerusi MSS Zon 4 kali ke 32.
Bendahari MSS Zon 4 Pn. Sabariah Kee melaporkan baki wang dan perincian penggunaan kewangan sepanjang tahun 2008. Laporan setiausaha dilaporkan oleh En. Jani Laping.
SK. Talantang akan menjadi tuan rumah sukan pada tahun ini..

Read more...
Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP