MESYUARAT PELAKSANAAN PERMATAKU CEMERLANG UPSR 2010
>> Tuesday, May 25, 2010
25.05.2010 Mesyuarat akhir pelaksanaan program Permataku Cemerlang UPSR diadakan pada hari ini. Program ini akan diadakan pada 14-18hb.Jun 2010 akan datang. (semasa cuti sekolah). SK. Masalog merupakan pusat bagi kumpulan 1 yang terdiri daripada SK.Taritipan, SK. Tandek dan SK. Tumunda Salimandut. Seramai 20 orang murid Near Miss Cemerlang dan Near Miss Lulus akan mengambil bahagian dalam program ini.
Objektif program ini diadakan adalah:
1. Meningkatkan bilangan murid yang mendapat keputusan cemerlang (5A) dalam peperiksaan UPSR 2010.
2. Meningkatkan peratus lulus sekurang-kurangnya C dalam peperiksaan UPSR 2010.
3. Memaksimumkan keupayaan murid bagi sesuatu mata pelajaran, terutamanya mata pelajaran UPSR.


0 comments:
Post a Comment