KEM UJIAN LENCANA KEAHLIAN PKK DAERAH KOTA MARUDU 2010

>> Wednesday, August 4, 2010

Pada tanggal 09-10 Julai 2010 yang lepas, SK. Masalog telah menjadi pusat Ujian Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kota Marudu. Matlamat program ini adalah bagi memberi peluang kepada pengakap kanak-kanak yang berdaftar di seluruh daerah Kota Marudu untuk diiktiraf sebagai seorang ahli pengakap sebelum mereka layak untuk meneruskan skim latihan pengakap mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengisian kem kali ini lebih tertumpu kepada penyampaian maklumat terkini, sessi bimbingan serta memberi pendedahan kepada pemimpin mahupun ahli pengakap tentang bagaimana kaedah yang betul bagi menjalankan ujian ini. Dewasa ini ramai dikalangan pemimpin pengakap yang tidak begitu jelas tentang apa yang sepatutnya diuji, bagaimana menguji serta tatacara Istiadat Perlantikan Pengakap yang sepetutnya dijalankan. Lencana keahlian yang sepatutnya disampaikan secara Istiadat selalunya hanya diserahkan begitu sahaja tanpa diuji oleh pemimpin-pemimpin. Perkara ini amat menyedihkan dan diharapkan agar program seperti ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat umum terutamanya pemimpin-pemimpin pengakap tentang intipati kepengakapan itu sendiri.

Seramai 43 orang peserta meliputi sekolah-sekolah dalam daerah Kota Marudu yang telah mendaftar pada tahun 2010 ini telah menyertai program tersebut. Sekolah-sekolah yang menghantar penyertaan adalah : SK. Masalog, SK. Mangaris, SK. Tanjung Batu, SK. Tumunda Salimandut, SK. Tagaroh, SK. Tandek dan SK. Teringai Darat. Seramai 6 orang pelajar sekolah ini telah dilibatkan untuk menyertai ujian ini iaitu : Raffi Rajja, Teddly Joniol, Azman Roney, Khushairi Eiznan B. Kalantan, Fina Millester Bt. Jaranah dan Alfrina Angkal.

Ahli-ahli pengakap yang berjaya dalam ujian ini akan ditawarkan pula untuk mengikuti Kursus Ketua Enam Sekawan yang bakal dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat ini. Kursus tersebut akan melatih mereka ke arah menjadi seorang Ketua Enam Sekawan yang berjaya memimpin ahli-ahli kumpulannya kelak.

adios..

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP