ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KERIS GANGSA

>> Wednesday, August 4, 2010

Tanggal 12 Julai 2010 menyaksikan satu lembaran sejarah baru dalam kepengakapan SK. Masalog apabila seramai 10 orang ahli pengakap telah dianugerahkan Lencana Keris Gangsa selepas mereka melepasi ujian-ujian yang telah ditetapkan. Penyampaian Lencana telah disempurnakan oleh Pn. Daini Yusof (Penolong Kanan Kokurikulum) yang mewakili Guru Besar dalam perhimpunan rasmi sekolah. Kumpulan 10 orang pengakap ini merupakan penerima ulung lencana tersebut di sekolah ini memandangkan tiada penerima lain yang direkodkan sebelum ini.

Ahli-ahli pengakap yang menerima anugerah lencana tersebut ialah : Erick Ryn Jikal, Mohd. Arif Makinsol, Mohd. Nur Izwan Joanes, Kerry Majun, Jeffry Madaya, Mohd. Syahmi Hazim B. Zulfikar, Madnizar B. Bairik, Auvendra Jairun, Richarl Juwana dan Patricia Muslin. Kesemua 10 orang ahli pengakap tersebut akan dihantar mewakili SK. Masalog untuk mengikuti Kursus Ketua Enam Sekawan yang akan diadakan di SMK Tandek pada 23-25 Julai 2010.

Bagi pihak semua pemimpin pengakap dan guru-guru sekolah ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah di atas kejayaan anda semua. Semoga ujian-ujian yang telah anda tempuhi dalam usaha mendapatkan lencana ini, akan sedikit sebanyak mendidik anda untuk menjadi seorang pengakap yang lebih terpuji dari segi JERIS. Teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kepengakapan.

adios..

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP