KURSUS KETUA ENAM SEKAWAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2010
>> Thursday, August 5, 2010
Seramai 10 orang ahli pengakap yang telah menerima Lencana Keris Gangsa mereka sebelum ini telah dihantar untuk menyertai Kursus Ketua Enam Sekawan yang telah diadakan pada 23-25 Julai 2010 di SMK Tandek, Kota Marudu. Program yang merupakan projek bakal kelana daerah Kota Marudu ini sesungguhnya telah dianjurkan dengan begitu berjaya dan mencapai objektif penganjurannya.
Pelbagai aktiviti dan ujian telah ditempuhi oleh semua peserta bagi mengisi dan melengkapkan diri mereka dengan ilmu kepimpinan sebagai bekalan untuk memimpin kumpulan masing-masing kelak.
Semoga Kumpulan Pengakap ke-16 SK. Masalog akan terus maju ke hadapan dan membantu melahirkan insan-insan cemerlang dan lengkap dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).
adios..
0 comments:
Post a Comment