Showing posts with label GALERI. Show all posts
Showing posts with label GALERI. Show all posts

TARIAN PENUTUP TIRAI 2009

>> Tuesday, December 29, 2009

Seramai 8 orang penari dari Team Kebudayaan SeKeMas telah sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan di suatu majlis perkahwinan di antara En. Bernard & Pn. Arnie bertempat di dewan komuniti Kota Marudu pada 06 Disember 2009.Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam persembahan tersebut ialah Mazwan Bairik, Elvian Bryan John, Mohd. Arif Mokinsol, Mohd. Aiman Haziq Mahadzir, Auvendra Jairun, Nurul Syakila Natashah Jenawa, Richarl Juwana dan Nurshahiida Sabley.














Dalam nada sebak, ada diantara mereka yang membuat persembahan itu menyatakan perasaan sedih kerana mungkin ini adalah tarian terakhir mereka bersama Team Kebudayaan SeKeMas memandangkan mereka akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 pada tahun 2010. Entah ada atau tidak lagi peluang sebegini yang terbuka untuk mereka menunjukkan kepada dunia tentang kebolehan istimewa mereka.
Walau apapun keadaannya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penari team ini yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pada tahun 2010 nanti. Nama-nama seperti Mazwan Bairik, Elvian Bryan John, Mohd. Aiman Haziq Mahadzir, Mohd. Azhar Aidil Patrick dan Nurshahiida Sabley tetap akan terpahat dalam memori kenangan Team Kebudayaan SeKeMas ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua. Sesungguhnya minat yang tinggi dalam bidang ini telah banyak menerobos sifat negatif yang ada pada diri anda. Saya yakin ada kini lebih berani serta sihat rohani dan jasmani. Syabas...

Bagi mereka yang masih bersama kami dalam team ini, perjuangan kita masih belum selesai. Tahun 2010 menunggu kita dengan banyak lagi peluang yang harus direbut dan disertai. Kekosongan yang ditinggalkan oleh pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah terpaksa dicari pengganti... Nama SK. Masalog yang telah harum harus dipertahankan dan dijulang setinggi-tingginya.

Ingatlah,
Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil atau besar suatau cita-cita.

ADIOS..

Read more...

PENGALAMAN BERMAKNA YANG TAKKAN DITEMUI DI MANA-MANA...

>> Saturday, November 28, 2009

Pada 22 November 2009 ketika semua penuntut sekolah sedang asyik menikmati cuti hujung tahun yang baru bermula, 40 orang pelajar sekolah ini telah berkorban waktu semata-mata untuk memeriahkan lagi upacara pelancaran Pesta Jagung peringkat Daerah Kota Marudu. Mereka telah membuat persembahan Koir dan Tarian 1 Malaysia dalam acara tersebut dan sekaligus membuka mata dunia tentang kehebatan serta menjulang nama sekolah ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Selesai acara, pelajar-pelajar tersebut telah dibawa melawat ke gerai-gerai pameran yang mempamerkan pelbagai khidmat dan produk masing-masing. Antara gerai yang dilawati ialah Pameran MOSTI yang meliputi variasi perkhidmatan yang terdapat dalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Pelajar-pelajar sempat mencuba sendiri pelbagai bahan pameran termasuk bahan dari Pusat Sains Negara, Technology Park dan banyak lagi.
Selain dapat membuat persembahan yang memukau penonton, melawat gerai pameran, bersuka-ria di gerai 'fun-fair', sebilangan pelajar yang bernasib baik telah sempat beramah mesra dan mengambil foto bersama bakal angkasawan kedua negara iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed. Pada awalnya, pelajar-pelajar agak segan dan tidak yakin, takut tersalah orang la katakan... Tetapi apabila DJ Radio Utara FM memperkenalkan Mejar Dr. Faiz Khaleed iaitu Angkasawan Negara, masing-masing nak bergambar bersama beliau.
Mejar Dr. Faiz Khaleed memang seorang yang peramah dan suka memberikan galakan terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini ternyata apabila beliau sempat memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada pelajar-pelajar kita yang berkerumun bergambar bersama beliau. "Buat yang terbaik dan simpanlah cita-cita yang tinggi sama ada untuk menjadi angkasawan negara seperti saya atau apa sekalipun. Untuk mencapai cita-cita, kita haruslah mengutamakan kepada pelajaran, menghormati Ibu bapa, menjauhi dadah dan jangan terpengaruh dengan gejala negatif. Tanpa pelajaran tiada siapa yang akan memandang kita. Suatu ketika nanti kami akan pergi meninggalkan dunia ini, maka kamulah yang akan menggantikan tempat kami. Jika kamu tidak mempunyai cukup ilmu, maka hancurlah Malaysia nanti". Demikianlah antara pesanan yang disampaikan oleh Mejar Dr. Faiz Khaleed kepada pelajar-pelajar kita ketika ditemuramah oleh DJ Utara FM dalam lintas langsung menerusi internet sempena Pesta Jagung 2009 ini.
Bertuah sungguhlah kepada pelajar-pelajar yang sempat bersalaman dan mengabadikan foto bersama Mejar Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Negara. Kata pepatah, 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu". Diharapkan agar pelajar-pelajar yang terlibat beroleh manfaat yang besar hasil daripada penyertaan ke Pesta Jagung tahun ini. Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam penganjuran Pesta Jagung tahun 2009 ini sehingga tercetusnya idea untuk menampilkan pelajar-pelajar SK. Masalog dalam persembahan Koir dan Tarian 1 Malaysia. Mudah-mudahan ada lebih banyak lagi peluang seperti ini dibuka kepada pelajar sekolah ini di masa akan datang. Pasti akan kami sahut cabaran itu dengan penuh semangat "1 MALAYSIA". Adios..

Read more...

GAMBAR SEMASA SUKAN TAHUNAN KALI KE 30 2009

>> Saturday, August 22, 2009

Adik Auvendra sedang membacakan ikrar sukan


Nyalaan obor kejohanan oleh adik Anthony


Ustazah Noramnah & Ustaz Jasni
bersama ahli pasukan Rumah Merah


Pn. Ruzita, Ustaz Shukri, Ustazah Noramnah bersama pelajar



En. Jani, En. Mokinsol dan En. Jimson



Pelajar sedang mendengar ucapan




En. Maidin (GB), En. Rosmin (Penyelia)
dan Pn. Jukinah (YDB PIBG)




En. Rosmin menuju ke astaka diiringi
oleh Guru Besar dan YDP PIBG




En. Jimson & geng sedang menyediakan tiang bendera



Read more...

Gambar lagi

>> Sunday, August 16, 2009

Acara lintas hormat kejohanan sukan
oleh Rumah Kuning
Kumpulan Penari SK. Masalog

Cikgu Jimson bersama Pasukan Bola Sepak Sekolah


ibubapa mengikuti ceramah motivasi


Datu Sainudin salah seorang penceramah jemputan
sedang bersalaman dengan guru besar En. Maidin Awang


Pelajar sedang mendengar ceramah

Read more...

Koleksi Gambar

Roland,Rosmah, Chin, Robiyana, Siti dan Norwati

Rosminah & Rosmah -Kuch2 Hotahiiii...


Rumah Biru



Pelajar Tahun 1 dengan hasil kerja




Cikgu Terrence





Pelajar Tahun 1 menjalankan aktiviti






Kumpulan Koir







Cikgu Dekau & Cikgu Syntiana

Read more...
Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP