TARIAN PENUTUP TIRAI 2009

>> Tuesday, December 29, 2009

Seramai 8 orang penari dari Team Kebudayaan SeKeMas telah sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan di suatu majlis perkahwinan di antara En. Bernard & Pn. Arnie bertempat di dewan komuniti Kota Marudu pada 06 Disember 2009.Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam persembahan tersebut ialah Mazwan Bairik, Elvian Bryan John, Mohd. Arif Mokinsol, Mohd. Aiman Haziq Mahadzir, Auvendra Jairun, Nurul Syakila Natashah Jenawa, Richarl Juwana dan Nurshahiida Sabley.














Dalam nada sebak, ada diantara mereka yang membuat persembahan itu menyatakan perasaan sedih kerana mungkin ini adalah tarian terakhir mereka bersama Team Kebudayaan SeKeMas memandangkan mereka akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 pada tahun 2010. Entah ada atau tidak lagi peluang sebegini yang terbuka untuk mereka menunjukkan kepada dunia tentang kebolehan istimewa mereka.
Walau apapun keadaannya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penari team ini yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pada tahun 2010 nanti. Nama-nama seperti Mazwan Bairik, Elvian Bryan John, Mohd. Aiman Haziq Mahadzir, Mohd. Azhar Aidil Patrick dan Nurshahiida Sabley tetap akan terpahat dalam memori kenangan Team Kebudayaan SeKeMas ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua. Sesungguhnya minat yang tinggi dalam bidang ini telah banyak menerobos sifat negatif yang ada pada diri anda. Saya yakin ada kini lebih berani serta sihat rohani dan jasmani. Syabas...

Bagi mereka yang masih bersama kami dalam team ini, perjuangan kita masih belum selesai. Tahun 2010 menunggu kita dengan banyak lagi peluang yang harus direbut dan disertai. Kekosongan yang ditinggalkan oleh pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah terpaksa dicari pengganti... Nama SK. Masalog yang telah harum harus dipertahankan dan dijulang setinggi-tingginya.

Ingatlah,
Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil atau besar suatau cita-cita.

ADIOS..

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP