MESYUARAT SAMBUTAN HARI GURU DAN KESYUKURAN

>> Monday, May 17, 2010

17.05.2010 mesyuarat bagi membincangkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dan sambutan kesyukuran sempena kemenangan dalam sukan MSS Zon 4 diadakan pada hari ini.

Sidang sebulat suara bersetuju mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan kesyukuran pada 26.05.2010 (Rabu). Pegawai Perasmi yang dijemput bagi merasmikan sambutan ini adalah En. Jainim Samaron selaku PPD KM. Selain dari itu ibubapa juga dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini.

Berbagai aktiviti akan diadakan pada hari ini, antaranya ialah pertandingan tarik tali, Bowling padang, isi air dalam botol menggunakan tangan, lari dalam guni (L), lari dalam kain sarung secara berpasangan (P), tiup belon, baling belon, bawa bola ping pong menggunakan sudu, persembahan deklamasi sajak daripada pelajar dan nyanyian koir hari guru.

Sidang juga sebulat suara akan membawa makanan masing-masing (pot luck) sebagai tambahan makanan selain daripada makanan yang telah ditempah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30pm.

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP