Mesyuarat Pelaksanaan Kem Bestari Solat Tahun 2010

>> Tuesday, April 20, 2010

20hb.April 2010 mesyuarat pelaksanaan Kem Bestari Solat Tahun 2010 telah diadakan di Bilik Pendidikan Islam & j-QAF sekolah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar iaitu En. Maidin Awang dan dikendalikan oleh Pn. Noramnah Jais. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah guru-guru berasama Islam.
Berdasarkan kertas kerja yang telah disediakan oleh Panitia Unit Pendidikan Islam & j-QAF, Kem Bestari Solat ini akan diadakan sebanyak 4 fasa sepanjang tahun 2010. Sasaran adalah kepada semua murid beragama Islam dari Tahun 1 hingga 4.










Guru-guru beraga
ma Islam sedang bermesyuarat

Tema bagi Kem Bestari Solat ini adalah ''SOLAT ASAS PEMBENTUKAN MODEL INSAN MUSLIM''


JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Penyelia Agama, Pejabat Pelajaran Sabah
Penasihat : En. Maidin Bin Awang (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Daini Yusof (GPK Ko-Kum)
Setiausaha : Ustazah Siti Fakharati Bt. Mohd. Ali
Bendahari : Ustaz Syukri B. Md. Zawawi
AJK :
i. Urusetia - Pn. Norwati Mujir, Pn. Sabariah Kee
ii. Pendaftaran - Pn. Rosmah Buntarang
iii. Makanan - Cik Nurhidayatul Mustaqimah Abdullah, Pn. Saidah Lon
iv. Keselamatan, kebajikan & disiplin - En. Jani Laping
v. Dokumentasi dan publisiti - Ustazah Siti Fakharati Bt. Mohd. Ali
vi. Fasilitator - Ustaz Jasni Salleh, Ustaz Syukri B. Mohd. Zawawi, Ustazah Siti Fakharati Bt.
Mohd. Ali, Ustazah Noramnah Bt. Jais, Pn. Robiyana Bt. Jamun, Cik Lastiney Bt.
Ojoh
vii. Sijil dan cenderamata - Pn. Daini Yusof


TARIKH PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT SIRI 1, 2, 3, 4

24/04/2010 (Sabtu)
22/05/2010 (Sabtu)
17/07/2020 (Sabtu)
25/09/2010 (Sabtu)

KEWANGAN

i. Peruntukan Kewangan Kem Bestari Solat j-QAF
ii. Sumbangan guru-guru SK. Masalog khususnya guru-guru beragama Islam.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan semoga usaha murni ini akan diberkati Allah s.w.t

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP