SEMINAR MOTIVASI KEIBUBAPAAN BAGI PELAJAR PEMULIHAN

>> Wednesday, March 10, 2010

En. Khairudin Hj. Jamal sedang menyampaikan ceramah
kepada ibubapa dan pelajar.


Hari ini 10hb Mac 2010, SK. Masalog telah mengadakan seminar keibubapaan bagi pelajar-pelajar pemulihan. Seramai lebih kurang 60 orang ibubapa dan pelajar terlibat dalam program ini. Program yang pertama kali diadakan ini adalah hasil iniseatif guru pemulihan sekolah Cik Lastiney Ijoh.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Penyelia Pelajaran Daerah unit Pengurusan Sekolah Puan Jamnah Abd. Sani. Dalam majlis ini Puan Jamnah memuji sikap yang ditunjukkan oleh ibubapa atas kesanggupan meluangkan masa menghadiri seminar ini demi kebaikan anak-anak mereka. Turut hadir Yang Dipertua PIBG Pn. Jukinah Adun.


Sementara itu En. Khairudin Hj. Jamal selaku Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Marudu turut hadir memberikan ceramah motivasi kepada ibubapa dan pelajar terlibat. En. Khairudin menekankan pentingnya peranan ibubapa dalam memberikan dorongan dan memahami kehendak anak-anak mereka dalam proses pembelajaran. Selain daripada itu sikap bekerjasama antara ibubapa dan pihak sekolah perlu dieratkan demi kebaikan anak-anak.


sebahagian daripada ibubapa dan pelajar yangmengikuti program motivasi sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh En. Khairudin


En. Khairudin turut menekankan peranan ibubapa terhadap anak-anak sambil berkongsi pengalaman beliau sendiri dalam mendidik anak-anaknya. Antaranya ialah:

BAGAIMANA ANAK-ANAK INGIN DILAYAN?

Kasih sayang bukan dibenci
difahami bukan dihakimi
diterima bukan ditolak
dihormati bukan dihina
ditolong bukan disakiti
keselesaan bukan digunakan
berkembang bukan beku/statik


Dari Kiri : Pn. Mainang (KTBM), Pn. Jukinah (YDP PIBG),
En. Khairudin(Ketua Unit Bimbingan & Kaunseling) ,
Pn. Noraiwa (GPK1) dan Pn. Daini (GPK KoKum)

menikmati hidangan tengahari bersama-sama staf SK. Masalog

Setelah selesai mendengar ceramah acara diteruskan dengan pengisian borang maklumat murid pemulihan yang dikendalikan oleh Cikgu Lastiney, Cikgu Rosminah dan Cikgu Rosmah.

Cikgu Lastiney dan Cikgu Rosmah turut sama
memeriahkan program motivasi bagi pelajar pemulihan

Acara berakhir pada jam 2.00 petang. Tahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini.

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP