KEM UJIAN LENCANA PENGAKAP SEKEMAS 2011

>> Tuesday, March 29, 2011

Persatuan Pengakap Kumpulan Ke-16 SK. Masalog telah mengadakan Kem Ujian Lencana Pengakap kepada ahli-ahlinya pada 25 - 27 Mac 2011 bertempat di Hutan Simpan Rekreasi Tagaroh, Kota Marudu.

Seramai 25 orang ahli pengakap sekolah ini telah terlibat sebagai peserta. Ujian-ujian yang dijalankan adalah meliputi :
-Ujian Lencana Keris Perak - 2 orang
-Ujian Lencana Keris Gangsa - 5 orang
-Ujian Lencana Kegemaran - 6 orang
-Ujian Lencana Keahlian - 12 orang

Pada awal ujian, semua peserta telah mengadakan pengembaraan (ekspedisi) mendaki Bukit Tagaroh sejauh lebih kurang 4 KM menuju ke tapak perkhemahan. Walaupun jaraknya nampak dekat, tetapi cabaran perjalanan mendaki bukit agak memenatkan dan mencabar fizikal. Bak kata pepatah, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'..Sepanjang 3 hari 2 malam program ini, peserta telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti memasak cara rimba, pandu arah, kawad tongkat, Eksplorasi hutan dan lain-lain lagi selain daripada melengkapkan ujian masing-masing.
Diakhir program, Cikgu Makrin (Ketua Penguji) dan Cikgu Mohd. Azwan (Pen. Ketua Penguji) telah mengisytiharkan bahawa kesemua paserta yang menyertai kem ini telah lulus dalam ujian dan akan dianugerahkan sijil dan lencana masing-masing dalam program kokurikulum peringkat sekolah yang akan datang.

Syabas dan tahniah buat semua. Teruskan berusaha untuk mendapatkan anugerah yang lebih tinggi lagi dalam pengakap.

Adios..

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP