PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT NEGERI SABAH 2011
>> Wednesday, March 23, 2011
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum Negeri telah menganjurkan Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah bertempat di Kem Malangang, Kiulu pada 16 - 19 Mac 2011.
Seramai 13 orang pelajar mewakili pelbagai unit beruniform dari sekolah-sekolah daerah Kota Marudu telah dipilih untuk menyertai perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi menyediakan diri peserta yang akan dipilih ke peringkat kebangsaan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah kerubung terbang, rentas halangan, Ikatan dan Simpulan, Ikhtir hidup, Pandu arah, Malam kebudayaan dan bantu mula.
Kedua-dua peserta dari sekolah ini iaitu adik Mohd. Syahmi Hazim Zulfikar dan adik Matnizar Bairik bersama 34 orang pelajar lain dari seluruh Negeri Sabah telah terpilih mewakili Negeri Sabah ke Perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di negeri Melaka pada bulan April nanti. Manakala Cikgu Makrin Sudi pula telah dipilih sebagai Ketua Kontinjen Sabah dalam program tersebut.
Syabas buat semua.
Adios..
Adios..
0 comments:
Post a Comment