
Sebuah program yang dinamakan Kem Sains Pelajar Tahap 2 Peringkat Daerah Kota Marudu anjuran bersama Petronas, Petrosains dan PPD Kota Marudu telah diadakan pada 25 hingga 28 Mac 2011 bertempat di SMK Kota Marudu II, Kota Marudu.

Sekolah ini telah menghantar seramai 3 orang pelajar bagi menyertai program tersebut iaitu Mohd. Irfan Kee Charles, Jude Russel Justtin dan Marcanilla Joniol bersama dengan Cikgu Zizi Asri sebagai guru pengiring. Para peserta yang mengikuti program ini amat bertuah kerana telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang mampu meningkatkan minat dan kefahaman dalam pelajaran sains.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan yang mana telah dikendalikan khas oleh jurulatih berpengalaman yang didatangkan daripada Petrosains yang berpusat di KLCC, Kuala Lumpur. Program ini adalah salah satu rangka promosi Petrosains ke arah mencapai matlamat untuk memupuk minat lebih ramai lagi pelajar dalam bidang sains yang amat luas itu.

Syabas dan tahniah kepada yang terpilih dan jangan kedekut ilmu... kongsi-kongsikanlah ilmu dan kemahiran yang anda perolehi daripada program tersebut kepada kawan-kawan. Ilmu bukan untuk disimpan buat kenangan ataupun untuk menunjuk-nunjuk bahawa kita hebat atau lebih pandai dari orang lain, tetapi ilmu itu lebih berguna dan bermanfaat sekiranya diajar dan dikonsi bersama rakan-rakan.
Semoga SeKeMas akan terus melahirkan graduan-graduan yang berjaya dimasa hadapan..
Adios..
0 comments:
Post a Comment