KEM UJIAN LENCANA KEAHLIAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2011
>> Tuesday, April 5, 2011
Seramai 2 orang ahli Pengakap yang terlepas peluang dalam ujian peringkat sekolah yang diadakan sebelum ini telah dihantar bagi mewakili sekolah ini dalam ujuan tersebut. Peserta-peserta tersebut ialah adik Mohd. Irfan Kee Charles dan adik Celestie Ann Jalisa dari kelas tahun 4.
Para peserta telah menghabiskan tempoh 2 hari 1 malam dengan memakai full uniform sehingga Istiadat Perlantikan Pengakap dijalankan sebagai penutup bagi acara ini. Ujian-ujian yang dijalankan adalah meliputi Pakaian Seragam Pengakap, Persetian dan Undang-undang Pengakap, Sejarah Pengakap, Cerita Hutan, Rukunegara, Hormat dan cogankata Pengakap, Istiadat Pengakap dan Simpulan & ikatan dalam Pengakap.
Dalam Istiadat Perlantikan yang dijalankan pada hari terakhir, 2 orang ahli pengakap sekolah ini iaitu adik Mohd. Syahmi Hazim Zulfikar dan adik Matnizar Bairik telah dianugerahkan Lencana Keris Perak bersama 5 orang pelajar SMK Tandek yang dianugerahkan Lencana Usaha selepas meraka lulus ujian masing-masing.
Adios..
0 comments:
Post a Comment