Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
>> Monday, May 16, 2011
12 mei 2011 - Satu permulaan yang baik walaupun sekadar naib johan. Walaubagaimanapun, sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. Tidak dinafikan kesemua sekolah yang terlibat dalam pertandingan tersebut hebat-hebat belaka. Bagi Kumpulan koir SEKEMAS, ini merupakan satu pengalaman untuk memperbaiki lagi segala kekurangan.
Sebagai jurulatih kumpulan koir SEKEMAS, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu kumpulan koir bermula pada hari latihan sehingga hari pertandingan.
Menyahut seruan gagasan 1 Malaysia, koir SEKEMAS muncul dengan kostum pelbagai jenis kaum yang ada di Malaysia.
Walaupun dalam keadaan yang sibuk, PK KO-KUM Pn. Daini Yusof turut turun padang untuk membantu semasa akitviti latihan dijalankan. Beginilah semangat yang ditunjukkan oleh warga SEKEMAS walau dalam keadaan apa sekalipun, penat lelah itu adalah menjadi perkara kedua.

Turut membantu KTBM SEKEMAS. Memastikan keselamatan ahli koir SEKEMAS. Diharap semangat seperti ini akan berterusan walau dalam apa juga aktiviti yang dijalankan.
Akhir kata, semoga aktiviti pertandingan seperti ini akan diteruskan dan ditingkatkan daripada segi pelaksanaan dan penyediaan teknikal yang lebih baik untuk memberikan pengalaman yang lebih praktikal kepada murid-murid kita.

0 comments:
Post a Comment