
10 May 2011 telah melakar sejarah yang begitu membanggakan warga SeKeMas apabila pasukan koir sekolah ini berjaya menggondol
NAIB JOHAN dalam Pertandingan Koir Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Marudu yang telah diadakan di SK. Pekan, Kota Marudu.

Sebanyak 10 buah kumpulan koir dari sekolah-sekolah daerah Kota Marudu telah memperdengarkan kehebatan masing-masing. Kumpulan koir SeKeMas tampil bergaya dengan tema 1 Malaysia dan pakaian etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Dua buah lagu yang dibawakan iaitu Tanah Pusaka (Lagu wajib) dan Gagasan 1 Malaysia (Lagu pilihan) telah dipersembahkan dengan penuh semangat dan keyakinan.

Menurut Cikgu Zizi Asri selaku jurulatih koir sekolah ini, "kita hanya kalah dari satu sudut yang kecil sahaja dan kita berazam untuk membuat persediaan yang lebih rapi lagi untuk pertandingan yang akan datang". Pn. Daini Yusof (Penolong Kanan Kokurikulum) yang juga turut sama hadir memeriahkan acara tersebut merasa bangga dan menganggapnya sebagai satu permulaan yang baik. Berita ini harus dihebahkan kepada semua warga SeKeMas agar lebih ramai lagi pelajar yang mahu menyertai pasukan koir ini di masa akan datang.
Syabas Cikgu Zizi... Syabas buat semua ahli pasukan koir....
MASALOG BOLEH....
Adios..
0 comments:
Post a Comment