Majlis Perpisahan & meraikan staf baru
>> Friday, April 22, 2011
Pada 21hb. April yang lalu, satu majlis perpisahan dan meraikan staf baru telah diadakan di SK. Masalog. Seramai 13 orang telah diraikan dalam majlis ini. Cikgu Jimson, Cikgu Ruzita dan Ustazah Noramnah adalah 3 orang guru yang sudah lama bertugas di SK. Masalog tetapi telah berpindah. Sementara Cik Nurul pula adalah guru pengganti guru bersalin yang akan tamat kontrak mengajar pada bulan mei ini, secara keseluruhannya menjadikan seramai 4 orang guru yang diraikan dalam majlis perpisahan pada kali ini.
Seramai 5 orang guru baru pula turut diraikan dalam majlis ini, iaitu cikgu Asliah, cikgu Mariati, ustaz Shukri, cikgu Azwan dan cikgu Zizi. Tidak ketinggalan seramai 3 orang KTBM baru juga turut sama diraikan, iaitu Pn. Catrine, En. Asmadi dan En. Jurol.
Serentak dengan majlis ini, sambutan harijadi kepada En. Asmadi turut diadakan yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama dengan majlis ini iaitu pada 21.04.2011.
Berbagai aktiviti telah diadakan dalam majlis ini, antaranya ialah tayangan video, cabutan tiket bertuah, penyampaian cendrakenangan dan karaoke. Majlis berakhir pada jam 3.30 petang...


0 comments:
Post a Comment