IN HOUSE TRAINING - STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PUISI TRADISIONAL (SR/SM)

>> Thursday, April 14, 2011

Pada hari ini satu program perkongsian ilmu telah diadakan di SK. Masalog. Program ini telah diadakan pada jam 12.00 tengahari dengan dihadiri oleh semua guru-guru.




cikgu Norwati, Jurol, cikgu Sabariah Kee dan cikgu Fadilis..






khyusuk sungguh cikgu Norwati dan Jurol melagukan Syair Siti Zubaiah....




cikgu Mardianah menunjukkan Syair yang dilagukan hari ini...khas buat cikgu Mardianah Syair Ibu Mengandung....




Guru-guru sedang melagukan "Syair Ibu Mengandung" mengikut rentak lagu rakis



Program ini bertujuan untuk mendedahkan dan menyampaikan maklumat yang diperolehi oleh guru-guru yang telah menghadiri kursus kepada rakan-rakan di sekolah.



cikgu Sabariah Kee....sempat juga tengok kamera masa sampaikan ceramah ahh...



Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Puisi Tradisional (SR/SM) merupakan tajuk kursus yang dikongsi bersama pada kali ini.. In House ini telah dijalankan oleh Cikgu Sabariah Kee yang telah mewakili sekolah menghadiri kursus pendek kelolaan Institut Perguruan Kent yang lalu.


Dalam in house ini guru-guru telah didedahkan dengan latarbelakang Pantun dan Syair, ciri-ciri pantun dan syair dan bagaimana melagukan pantun dan syair.



In House berakhir pada jam 1.00 petang, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama dan perhatian semua guru semasa in house ini berlangsung. Jelas sekali komitmen guru-guru yang sudi meluangkan masa walaupun tidak mengajar subjek Bahasa Malaysia. Tidak lupa juga rasa terharu sang penceramah atas kesungguhan guru-guru melagukan syair mengikut lagu rakis dan lagu siti zubaidah...


Terima kasih daun keladi, lain kali kita in house lagi...

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP