JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER
>> Thursday, December 3, 2009
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memanglah ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai anak takut nak dekat dengan kita langsung. Kesian la bah sama budak. Namanya pun budak…
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.
- Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang itu akan lebih tenang kalau tiada masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali. Jadi janganlah mencemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh.
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari
lagi pada masa akan datang.
- Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan budak-budak bercakap. Anak buah saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah berjumpa dengan kawan anak buah saya yang baru berumur tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logic saja tapi seronok. Ala.. macam Aznil Nawawi tanya budak-budak dalam Macam Macam Aznil tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang tidak boleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
- Ada masa-masanya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin mereka berselisih dengan kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecil tapi itu mungkin masalah mega bagi mereka.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
- Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jangan kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gabra.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
- Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
- Ada sesetengah kanak-kanak yang terpaksa diajar berkali-kali, baru dia faham. Macam Anmum punya iklan tu.. Wardina tunjuk banyak kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari entah berapa kali dia tanya, 'Apa ni bapa?".....'Apa ni bapa?'....'Apa ni bapa?'... Jangan marah sebab kalau marah nanti terbantutlah proses pembelajarannya.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.
- Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka
- Jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best juga dengar cerita dari mimpi. Macam drama tapi tiada skrip, tiada director, dan tiada siaran ulangan.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
- Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- Biasakan dan ajarkan mereka salam kita sebelum ltidur. Cium dahi mereka terutamanya ibu.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
- Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa tu garanglah.. Sebenarnya mereka menegur so, ubahlah. Jangan jadi too perfectionist pada anak-anak. Nanti mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
- Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak-anak sudah bersekolah, biasakan tolong mereka menyiapkan kerja rumah, atau kita sendiri yang memberi latihan dan perhati setiap hari peralihan mereka belajar dari satu topik ke topik lain. Bantu mereka belajar lebih dari yang cikgu mereka ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
- Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tidak menjauhi dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .
- Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
-Dipetik daripada Buku "Motivasi Keluarga" tulisan Profesor Madya Dr. Faiz Rahmandi.1997-
Adios..
0 comments:
Post a Comment