TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

>> Monday, November 23, 2009

Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan pada 19 November 2009 yang lepas. Sekolah ini amat berbangga apabila 2 orang pelajar tahun 6 Rafflesia iaitu adik Aurealia Jairun dan adik Khairunnisa Abd. Malik telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut.

Aurealia & Khairunnisa (5A UPSR 2009)

.

Ditanya tentang rahsia kejayaan mereka, adik Aurealia memberitahu bahawa kejayaannya banyak bergantung kepada dorongan orang tua, guru-guru selain daripada keyakinan diri sendiri. Belajar mengikut jadual, buat kerja rumah dan latihan serta rajin bertanya dan berkomunikasi dengan guru yang mengajar terutamanya matapelajaran yang kita agak lemah. Bagi adik Khairunnisa pula, selain bersetuju dan sependapat dengan Aurealia, dia juga membuat persediaan fizikal, mental dan rohani dalam membuat persediaan peperiksaannya. "Selalu berdoa kepada Tuhan dan sentiasa senyum walaupun dalam kesusahan", kata Khairunnisa.

Sekalung syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pelajar lain yang mendapat keputusan 'LULUS' dalam peperiksaan tersebut. Diharapkan agar anda semua akan lebih berjaya lagi dimasa-masa akan datang. Kepada pelajar yang tidak berjaya pula, teruskan usaha anda agar lebih berjaya lagi di peringkat sekolah menengah nanti.

Kami warga SeKeMas sentiasa mendoakan kejayaan ada di masa hadapan.

Adios..

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP