TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
>> Monday, November 23, 2009
Aurealia & Khairunnisa (5A UPSR 2009)
.
Ditanya tentang rahsia kejayaan mereka, adik Aurealia memberitahu bahawa kejayaannya banyak bergantung kepada dorongan orang tua, guru-guru selain daripada keyakinan diri sendiri. Belajar mengikut jadual, buat kerja rumah dan latihan serta rajin bertanya dan berkomunikasi dengan guru yang mengajar terutamanya matapelajaran yang kita agak lemah. Bagi adik Khairunnisa pula, selain bersetuju dan sependapat dengan Aurealia, dia juga membuat persediaan fizikal, mental dan rohani dalam membuat persediaan peperiksaannya. "Selalu berdoa kepada Tuhan dan sentiasa senyum walaupun dalam kesusahan", kata Khairunnisa.
Sekalung syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pelajar lain yang mendapat keputusan 'LULUS' dalam peperiksaan tersebut. Diharapkan agar anda semua akan lebih berjaya lagi dimasa-masa akan datang. Kepada pelajar yang tidak berjaya pula, teruskan usaha anda agar lebih berjaya lagi di peringkat sekolah menengah nanti.
Kami warga SeKeMas sentiasa mendoakan kejayaan ada di masa hadapan.
Adios..
Read more...Majlis Pelancaran Kempen Sihat Minda Peringkat Bahagian Pantai Barat Utara & Sambutan Hari Pengakap Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009
>> Saturday, November 14, 2009
Seramai 20 orang pelajar SK. Masalog juga telah terlibat dalam acara tersebut. Paling membanggakan apabila adik Mohd. Aiman Haziq @ Carldexson Bin Mahadzir telah dipilih sebagai salah seorang daripada peserta gimik pelancaran.
20 orang wakil SK Masalog ini juga telah terlibat untuk membuat persembahan koir yang disertai oleh seramai 102 orang pengakap dalam upacara pelancaran kempen tersebut. Peserta-peserta yang terlibat menyertai program ini ialah Mohd. Aiman Haziq @ Carldexson Mahadzir, Mohd. Azhar Aidil Bin Patrick, Azlan Bin Mas, Mc Ruthy Jon, Mazwan Bairik, DJ Anwar Jadil, Leryson Mabin, Andry Price Janisol, Elvian Bryan John, Mohd. Arif Bin Makinsol, Mohd. Umar Ali Bin Jamrin, Erick Ryan Jikal, Mohd. Nur Izwan Joanes, Alex Timo John Gadur, Tommy Nicovic Rojideady, Jeffry Madaya, Mohd. Syahmi Hazim Bin Zulfikar, Auvendra Jairun, Petricia Muslin dan Recharl Juwana.
Peserta-peserta merasa amat bangga dapat menyertainya kerana program ini telah dinaik taraf menjadi Sambutan Hari Pengakap Peringkat Kebangsaan Malaysia. Diharapkan semua peserta yang terlibat akan terus berpengakap sampai bila-bila...
Adios..
PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
>> Saturday, November 7, 2009
Demi menyahut seruan kerajaan SK. Masalog telah mengadakan aktiviti membaca beramai-ramai di peringkat sekolah. Aktiviti ini juga dikenali sebagai " Kem Membaca 1 Malaysia". Aktiviti ini telah mula dijalankan pada 2hb. Nov yang lepas.
Pada hari ini pelancaran "Kem Membaca 1 Malaysia' pula dijalankan dan telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah En. Maidin Awang. Pelancaran ini telah dijalankan di Taman Mini Sepiluk sekolah dan dihadiri oleh guru-guru dan pelajar sekolah.
pada hari pelancaran
Kem Membaca 1 Malaysia
dibawah bimbingan cikgu Makrin Sudi
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
>> Tuesday, November 3, 2009
Pada 02hb Nov 2009 SK. Masalog telah mengadakan aktiviti KEM MEMBACA 1 MALAYSIA. Aktiviti ini adalah dibawah anjuran Pusat Sumber sekolah yang diketuai oleh Pn. Rosminah Kiting.
berhampiran dengan kolam sains...
Guru-guru juga turut sama membaca dalam kem ini..Semoga aktiviti seumpama ini menjadi kebiasaan dikalangan guru dan murid kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui pembacaan. Read more...

