SIMULASI MINI PILIHANRAYA LEMBAGA PENGAWAS SK. MASALOG 2014

>> Friday, January 24, 2014



Satu mini pilihanraya telah dijalankan untuk menentukan pelajar yang layak untuk menjalankan tugas sebagai KETUA PENGAWAS dan TIMBALAN KETUA PENGAWAS SK. Masalog bagi tahun 2014.  Selain memilih pelajar-pelajar yang layak untuk menjalankan tugas tersebut, ianya juga secara tidak langsung merupakan satu latihan simulasi berkenaan pilihanraya yang terdapat dalam salah satu topik mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).

Calon-calon bagi jawatan KETUA PENGAWAS telah dipilih dari kalangan pengawas-pengawas Tahun 6 Rafflesia manakala bagi jawatan TIMBALAN KETUA PENGAWAS telah dipilih dari kalangan pengawas-pengawas Tahun 5 Bunga Raya.

CALON-CALON KETUA PENGAWAS :



















CALON-CALON TIMBALAN KETUA PENGAWAS :











Proses pilihanraya telah bermula pada 22 Januari 2014 dengan calon-calon diberi peluang untuk berkempen bagi mendapatkan sokongan daripada pelajar-pelajar lain.  Manakala pada 24 Januari 2014, pengundian telah dijalankan yang melibatkan semua pelajar tahap 2 dan guru-guru SK. Masalog.





Proses pengiraan undi telah dijalankan pada pukul 10.40 pagi 24 Januari 2014 bertempat di Bilik Sains SK. Masalog diketuai oleh Cikgu Makrin Hj. Sudi selaku Pengerusi SPR dan disaksikan sendiri oleh semua calon-calon yang bertanding.


KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA :



















Kepada calon yang menang diucapkan selamat menjalankan tugas dan kepada yang kalah tetap akan bertugas sebagai pengawas sekolah.  Misi dan visi kita pada tahun 2014 ini amat berat untuk dipikul tetapi ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan sekiranya semua pihak bekerjasama untuk menjayakannya.

Adalah diharapkan juga agar semua pengawas yang telah dilantik akan dapat bekerjasama untuk memantapkan lagi prestasi disiplin di sekolah ini dengan diketuai oleh barisan kepimpinan yang dipilih sendiri oleh warga SeKeMas.  Semoga nama SeKeMas akan terus melonjak dalam apa jua bidang sama ada Kurikulum, Kokurikulum mahupun Hal Ehwal Murid.  Selamat Maju Jaya...


Adios...

 

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP