SIMULASI MINI PILIHANRAYA LEMBAGA PENGAWAS SK. MASALOG 2014
>> Friday, January 24, 2014
Satu mini pilihanraya telah dijalankan
untuk menentukan pelajar yang layak untuk menjalankan tugas sebagai KETUA PENGAWAS
dan TIMBALAN KETUA PENGAWAS SK. Masalog bagi tahun 2014. Selain memilih
pelajar-pelajar yang layak untuk menjalankan tugas tersebut, ianya juga secara
tidak langsung merupakan satu latihan simulasi berkenaan pilihanraya yang
terdapat dalam salah satu topik mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan (PSK).
Calon-calon bagi jawatan KETUA PENGAWAS
telah dipilih dari kalangan pengawas-pengawas Tahun 6 Rafflesia manakala bagi
jawatan TIMBALAN KETUA PENGAWAS telah dipilih dari kalangan pengawas-pengawas Tahun
5 Bunga Raya.
CALON-CALON KETUA PENGAWAS :
CALON-CALON
TIMBALAN KETUA PENGAWAS :
Proses
pilihanraya telah bermula pada 22 Januari 2014 dengan calon-calon diberi
peluang untuk berkempen bagi mendapatkan sokongan daripada pelajar-pelajar
lain. Manakala pada 24 Januari 2014, pengundian telah dijalankan yang
melibatkan semua pelajar tahap 2 dan guru-guru SK. Masalog.
Proses pengiraan undi telah dijalankan pada pukul 10.40 pagi 24 Januari 2014 bertempat di Bilik Sains SK. Masalog diketuai oleh Cikgu Makrin Hj. Sudi selaku Pengerusi SPR dan disaksikan sendiri oleh semua calon-calon yang bertanding.
KEPUTUSAN
RASMI PILIHANRAYA :
Kepada calon yang menang diucapkan selamat
menjalankan tugas dan kepada yang kalah tetap akan bertugas sebagai pengawas
sekolah. Misi dan visi kita pada tahun 2014 ini amat berat untuk dipikul
tetapi ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan sekiranya semua pihak
bekerjasama untuk menjayakannya.
Adalah diharapkan juga agar semua pengawas yang telah
dilantik akan dapat bekerjasama untuk memantapkan lagi prestasi disiplin di
sekolah ini dengan diketuai oleh barisan kepimpinan yang dipilih sendiri oleh
warga SeKeMas. Semoga nama SeKeMas akan terus melonjak dalam apa jua
bidang sama ada Kurikulum, Kokurikulum mahupun Hal Ehwal Murid. Selamat
Maju Jaya...
Adios...
1 comments:
hebat!
Post a Comment