LAWATAN KE MDKM & TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

>> Tuesday, February 14, 2012






LAWATAN KE MDKM DAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH, PEKAN LAMA KOTA MARUDU

Sempena program Wira Harapan SERASI yang akan diadili dalam masa terdekat ni (tarikh kurang pasti, antara Februari hingga April), AJK SERASI SK Masalog telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Majlis Daerah Kota Marudu dan Tapak Pelupusan Sampah, Pekan Lama Kota Marudu pada 09 Februari 2012 yang lalu. Para peserta lawatan diiringi oleh 4 orang guru iaitu En. Fadilis, En. Roland, Pn. Syntiana dan Pn. Robiyana. Rombongan lawatan telah disambut oleh En. Jamadil Maulana Dan En. Jaiping di Majlis Daerah Kota Marudu.

Setelah diberi sedikit taklimat, rombongan telah diiring ke tapak pelupusan sampah, Pekan Lama Kota Marudu. Para peserta lawatan berpeluang bertanyakan beberapa soalan kepada pegawai pengiring sambil dibawa melawat sekitar tapak pelupusan.

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP