PERKHEMAHAN PENDIDIKAN ALAM SEMULAJADI PERINGKAT NEGERI SABAH 2011

>> Sunday, May 8, 2011

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah mengelolakan satu program yang dinamakan Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah (Kem Malangang, Kiulu) pada 03 - 06 May 2011 yang lalu.

Seramai 2 orang pelajar sekolah ini telah dihantar untuk menyertai program tersebut iaitu adik Mohd. Ridhwan Mohd. Lee dan adik Sahierah Sating. Kedua-dua pelajar ini merupakan pelajar tahun 6 di sekolah ini.
Program ini menawarkan aktiviti-aktiviti kesedaran tentang betapa pentingnya kita memelihara dan memulihara alam sekitar kearah dunia yang lebih sihat.

Diharapkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang akan dilibatkan dalam program-program kesedaran seperti ini demi membantu pihak sekolah merealisasikan cita-cita dan harapan melahirkan sekolah hijau di masa akan datang.

Syabas kepada yang berjaya.

Adios..

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP