LAWATAN DARIPADA KKIA KOTA MARUDU
>> Tuesday, April 12, 2011
Pada hari ini, 12.04.2011 pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada 5 orang pegawai kesihatan daripada bahagian KKIA daerah Kota Marudu.
timbang berat badan..
salah seorang pelajar yang sedang melakukan ujian mata
salah seorang pelajar sedang menerima suntikan..
Lawatan ini bertujuan untuk menbuat beberapa pemeriksaan dan memberikan beberapa suntikan kepada pelajar. Menurut salah seorang pegawai yang bertugas, bagi lawatn kali ini mereka melakukan pemeriksaan terhadap pelajar Tahun 1 dan Tahun 6 sahaja. Bagi pelajar Tahun 1 mereka melakukan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan mata, menyukat tinggi, timbang berat dan memberikan suntikan MMR, DA dan BCG bagi pelajar yang tidak mempunyai parut BBCG. Setelah itu pelajar Tahun 1 juga diberikan ubat titis mulut (oral polio) dan tidak lupa ubat cacing.
Bagi pelajar Tahun 6 pula dikenakan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan mata, pemeriksaan rabun warna bagi pelajar lelaki sahaja, sukat tinggi, timbang berat badan dan suntikan BCG bagi yang tiada parut BCG.
Lawatan daripada KKIA berakhir pada jam 11.30 pagi.... Terima kasih KKIA
0 comments:
Post a Comment