LAWATAN DARIPADA BTPN KOTA KINABALU...

>> Monday, April 11, 2011


Kelihatan En. Ahmad Jais, En. Maidin (GB) dan YDP PIBG Pn. Jukinah Adun


Hari ini SK. Masalog menerima kunjungan lawatan daripada pihak BTP dari Kota Kinabalu dan PKG Kota Marudu. Lawatan ini diadakan sebagai penilaian kepada Pusat Sumber Sekolah yang baru-baru ini telah dicadangkan oleh pihak PKG untuk menyertai pertandingan pusat sumber peringkat negeri Sabah.


kelihatan En. Ahmad Jais, En. Peter Patrick Majiul, En. Maidin, Pn. Jukinah dan En. Hamdan Awang




Pn. Rosminah (Guru Media) sedang menyampaikan taklimat mengenai Pusat Sumber


Wakil daripada pihak BTP Kota Kinabalu ialah En. Ahmad Jais dan En. Peter Patrick Majiul. Sementara wakil daripada PKG Kota Marudu ialah En. Sariat Simbad dan En. Hamdan Awang. Sejurus tiba mereka dibawa ke Bilik Makmal untuk menyaksikan tayangan dan mendengar taklimat daripada Pn. Rosminah. Setelah itu rombongan mengabadikan gambar kenangan dengan bergambar beramai-ramai di Taman Mini Sepiluk.


Kumpulan Koir SK. Masalog dibawah bimbingan cikgu Zizi


Rombongan juga telah dihiburkan dengan nyanyian 3 rangkaian lagu daripada kumpulan Koir sekolah dibawah bimbingan cikgu Zizi.



menikmati hidangan tengahari beramai-ramai



Selepas menikmati hidangan tengahari rombongan melawat ke sekitar sekolah dan meneruskan penyeliaan di Pusat Sumber pula...



pelajar membaca buku "nilam" di tapak perhimpunan


Emmm kami ni tidaklah meletakkan harapan yang tinggi untuk menang kerana memang adat pertandingan ada kalah menang, namun staff SK. Masalog cukup merasa bangga bukan saja kerana dicalonkan menyertai pertandingan Pusat Sumber Peringkat Negeri Sabah tetapi yang lebih penting adalah semangat, komitmen dan kerjasama dikalangan Staff sungguh luar biasa dan amat membanggakan....


SYABAS SK. MASALOG selaras dengan motonya

"BERAZAM TINGGI BERWIBAWA MULIA"

0 comments:

Tel: 088-661714
Email : sk.masalog@gmail.com



Sk.Masalog
Peti surat 271
89108 Kota Marudu
Sabah Negeri Di Bawah Bayu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP