53rd WORLD SCOUT JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2010
>> Sunday, October 24, 2010
Tarikh 15-17 Oktober 2010 yang lepas merupakan tarikh keramat apabila seramai 12 orang pelajar sekolah ini (10 orang pengakap dan 2 orang puteri islam) telah bersatu dengan 21 orang ahli pengakap lain mewakili daerah Kota Marudu untuk menyertai 53rd World Scout Jamboree On The Air (JOTA) yang telah di adakan di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah. Peserta-peserta yang terpilih adalah : Erick Ryn Jikal, Jeffry Madaya, Kerry Majun, Mohd. Nur Izwan Joanes, Rafi Rajja, Mohd. Syahmi Hazim Zulfikar, Khairul Nizam Abd. Malik, Ardi Pinus John Gandur, Madnizar Bairik, Auvendra Jairun, Syahnur Amira Kee Charles (PPIM) dan Nurul Syakila Natashah Jenawa (PPIM).
JOTA (Jamboree On The Air) adalah perhimpunan para ahli pengakap seluruh dunia di udara yang menghubungkan ahli-ahli pengakap menggunakan teknologi komunikasi radio amatur. Disinilah uniknya acara JOTA, yang mana pesertanya tidak perlu ke luar negara untuk menyertai Jamboree tersebut dimana keseluruhan aktiviti dapat dijalankan di suatu kawasan dengan bimbingan Station Master yang bertauliah sebagai pengendali (Operator) radio tersebut. Apa yang penting ialah, sijil program ini adalah penyertaan peringkat antarabangsa.
Lebih membanggakan lagi apabila kedua-dua anugerah peserta terbaik Pengakap Kanak-kanak lelaki dan perempuan digondol oleh peserta dari sekolah ini iaitu Adik Erick Ryn Jikal (Peserta Terbaik Lelaki PKK) dan Adik Auvendra Jairun (Peserta Terbaik Perempuan PKK). Adik Ahmad Zulhilmi @ Nomi Roney dari SMK Bandau juga telah memenangi Anugerah Peserta Terbaik kategori Pengakap Muda/Remaja bersama seorang lagi pengakap dari daerah Sembulan.Adios...


0 comments:
Post a Comment