>> Thursday, March 5, 2009
SEJARAH SEKOLAH
SK. MASALOG
SK. MASALOG
Sekolah Kebangsaan Masalog terletak di kira-kira 13 kilometer dari pekan Kota Marudu. Sekolah ini adalah terletak di kawasan luar bandar. Memandangkan lokasi sekolah terletak di kampung Masolog, maka sekolah ini telah diberikan nama MASALOG. Sekolah ini mempunyai keluasan seluas 9.12 ekar dan menempatkan sebuah sekolah yang terluas antara sekolah –sekolah rendah di daerah Kota Marudu. Ini kerana sekolah ini telah dipisahkan oleh sebuah jalan raya besar, menimbulkan beberapa masalah kepada sekolah.
Sekitar dalam tahun 1960-an, seorang bekas ketua kampung Salimandut O.T. Pamintar B. Indap telah mencadangkan supaya dikemukakan permohonan kepada residen kudat untuk mengadakan sebuah sekolah di Masalog kerana kanak-kanak di sekitar kawasan ini sangat jauh bersekolah di Tandek, tambahan lagi kemudahan perhubungan jalan raya belum ada ketika itu. Sekolah yang ada pada masa itu hanya terdapat di Tandek (GPS Tandek, Kudat).
Dalam satu mesyuarat di Masalog yang dihadiri oleh Residen Kudat yang kebetulan melawat di sini, cadangan tersebut disokong oleh Encik Majingkin B. Timbol dan suara ramai ketua-ketua kampung sekitar seperti O.T. Rumantai, O.T. Adun Sunggiab, N.C. Ein dan lain-lain lagi. Permohonan sekolah tersebut dikemukakan oleh Wakil ketua kampung O.T. Malanjin B. Ugi.
Setahun lebih kemudian, permohonan telah sampai ke Jesselton (kini Kota Kinabalu). Kelulusan diperolehi seterusnya disambut oleh penduduk di sini dan pengurusan kelulusannya itu diselenggarakan oleh N.C. Jamari Penggoron dalam tahun 1963.
Sekolah Masalog mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1964. Seterusnya pembelajaran bermula lebih kurang dalam penggal kedua(sistem pembelajaran ketika itu tiga penggal setahun).
Guru yang pertama bertugas serta mentadbir di sekolah ini ialah En. Abdul Rashul B. Gunggong. Beliau berasal dari Kota Belud. Pada mulanya sekolah ini mempunyai dua buah rumah guru bertiang yang kosnya RM6000.00 sebuah dan 2 buah bilik darjah yang duduk di tanah yakni tidak bertiang atau berlantaikan semen di atas tanah.
Pada tahun 1967 barulah ada tambahan sebuah bilik darjah yang disambung dengan bangunan yang dulu. Tahun 1968 pula, 2 buah bilik darjah dan sebuah rumah guru kembar dibina yang merupakan projek kilat dari kerajaan negeri. Memandangkan bangunan sekolah masih lagi tidak mencukupi, maka dalam tahun 1970 sebuah lagi bilik darjah yang terasing didirikan. Penghujung tahun 1979, sekolah ini mendapat peruntukan lagi 3 buah bilik darjah dan 2 buah rumah guru Div.3. Tahun 1984 sekolah ini mendapat peruntukan sederet bangunan yang mengandungi 1 bilik sains tetapi dijadikan bilik darjah. Dua bilik darjah tetapi satu daripadanya dijadiakan bilik guru,bilik Guru Besar serta urusetia sekolah. Tahun 1992, PIBG bermesyuarat mendirikan bangunan 2 bilik darjah buatan kampung. Tahun 2003, sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk membina sebuah bangunan konkrit ( 2 bilik darjah, 1 makmal sains dan 4 rumah guru) dan telah mula digunakan pada tahun 2004.
Pada masa sekarang (2010), terdapat 12 bilik darjah, 1 makmal sains, 1 bilik pemulihan, 1 bilik kaunseling, 1 bangunan pusat sumber, sebuah kelas untuk subjek Pendidikan Agama Islam, sebuah makmal komputer dan kantin terdapat di sekolah ini.
SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS
En. Rashul B. Gunggong (1964)
En. Ruhimin Adzim (1965)
En. Majuning Majun (1966)
Hj. Sulong Md. Said (1967)
En. Ajirun Nordin (1968)
En. Nordin Sidan (1969)
En. Hassan Tuah (1972)
En. Awang Durai Garah (1974)
En. Aliamat Arif (1976)
En. Japinon Tati (1979)
En. Sami Tobolok (19.05.1980)
En. Missie Goporoi (20.03.1989 )
En. Maidin Awang
Guru Besar yang ke-13 ialah En. Maidin Awang. Beliau ditukarkan dari SK. Tandek dan mula berkhidmat di sekolah pada tahun 2009.
Guru Besar yang ke-13 ialah En. Maidin Awang. Beliau ditukarkan dari SK. Tandek dan mula berkhidmat di sekolah pada tahun 2009.
LATAR BELAKANG MURID
Murid-murid yang bersekolah di SK. Masalog majoritinya adalah daripada suku kaum Kadazan Dusun (Kimaragang). Ada juga murid yang dari suku kaum yang lain contohnya, Bajau, Kadayan, dan lain – lain tetapi bilangannya terlalu sedikit. Kira – kira 80% murid-murid di sekolah ini menganut agama Kristian dan 20% agama Islam. Kebanyakan murid di sekolah ini datangnya dari keluarga yang terdiri daripada golongan
1. Kaki tangan kerajaan
2.Petani
3. Pekerja buruh di kawasan pembalakan, kilang
4. Lain-lain
Pada masa sekarang sekolah ini boleh dihubungi dengan semua jenis kenderaan. Murid-murid pergi ke sekolah dengan menaiki bas, kereta dan basikal. Bagi yang tinggal berdekatan dengan sekolah, mereka hanya berjalan kaki sahaja.
BEKAS PELAJAR SK. MASALOG YANG BERJAYA DALAM PENDIDIKAN
(*Sekadar mencatat beberapa nama sahaja)
1. Nevis Maisin – Doktor Falsafah
2. Nelson Maisin – Doktor Perubatan
3. Sait Malibas – Jurutera SESB
4. Jaffar Malibas – Jurutera Petronas
5. Jeffery Dangus – Penolong Penguatkuasa Kastam
6. Lorik Akau – Pegawai Perikanan
7. Jebon Janaun – Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
8. Jedon Janaun – Pensyarah di UMS
9. Jidin Janaun – Pegawai di Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Marudu
10. Pandir Londah – Pegawai Pelajaran Daerah Telupid, Sandakan
11. Hendrikus Kopong – Inspektor Polis
12. Zulfikar Majiul – Guru Siswazah
13.Margaret Kopong – Guru Siswazah
14. Alice Andan – Jururawat
0 comments:
Post a Comment