Banjir di SK.Masalog
>> Thursday, January 15, 2009
Pada 14hb Januari SK.Masalog telah dilanda banjir yang agak teruk. Keadaan ini terjadi akibat hujan lebat yang turun sejak petang hari sebelumnya. Hujan turun tidak henti2 menyebabkan kawasan sekolah telah dinaiki air.
Akibatnya sekolah terpaksa ditutup sehingga 16hb kerana jalan menuju ke sekolah masih tidak dapat dapat dilalui.
Ibubapa juga tidak membenarkan anak-anak mereka ke sekolah kerana hujan lebat. Ibubapa risau jika banjir melanda secara tiba-tiba, tambahan pula kebanyakan murid terpaksa melalui kawasan bersungai untuk ke sekolah
4 comments:
yuk...dalam juga pula banjir di mosolog ah...hehe bekas sekolah saya dulu2 ba ni....lama sudah tidak nampak tapi dengan adanya blog ni dapatlah saya mengimbau kembali saat2 sekolah di sini....haha tahniah kepada pembuat blog...

haik, na bagus ko beli sampan - sedia2 untuk banjir he he he. Rumahku pun banjir ko taulah di sini kan selalu banjir - .....
Hehehe ada juga bot bomba datang di sini tapi bot tu dorang tarik kasi limpas pakai kereta jak...hahaha ndak tau napa tu...
Post a Comment